Wednesday, March 20, 2024

ISMA'IL IBN 'ABD AL-RAHMAN AS-SABUNI AL-SHAFI'EI [إسماعيل بن عبد الرحمن بن أحمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن عابد بن عامر]

 AL-IMAM al-Hafiz Abu 'Uthman Isma'il ibn 'Abd al-Rahman As-Sabuni al-Shafi'ei ialah seorang Shaykhul Islam (373H-449H).

Lahir di Bushanj, sekitar Harat pada pertengahan bulan Jumada al-Akhirah tahun 373H. Bapa beliau Abu Nasr 'Abd al-Rahman segrang alim dan pendakwah yang hebat sehingga dibunuh kerana mempertahankan mazhab Ahl Sunnah.


Beliau tokoh ulama yang gigih menuntut ilmu, menjadi wa'iz ketika berumur 10 tahun. Majlis beliau dihadiri oleh tokoh ulama pada masa itu. Antaranya gurunya yang mendidik dan mengasuhnya al-Imam Sahl in Muhammad al-Sa'luki, al-Imam Abu Ishaq al-Isfirayini, al-Imam Abu Bakr in Furak. Al-Sabuni sangat cerdik, fasih berbahasa Arab dan Parsi.


Beliau mendengar hadith di Naysabur, Sarakhs, Harat, Syam, Hijaz, dan Jibal. Al-Sabuni sangat memuliakan hadith. Setiap matan hadith dihafaz beserta sanad-sanadnya dan beliau tidak mengajar hadith melainkan dalam keadaan bersuci.


Menurut al-Zahabi, beliau mengambil hadith daripada Abu 'Abdullah ibn Muhammad, Abu Bakr in Mihran, Abu Muhammad al-Mikhladi, Abu Tahir in Khuzaymah, Abu al-Husayn al-Khaffaf, 'Abd al-Rahman Abi Shurayh, Zahir in Ahmad al-Faqih dan ulama sezaman dengan mereka.


Antara tokoh yang meriwayatkan hadith daripada beliau pula ialah al -Kattani, 'Ali Husayn Sasra, Naja ibn Ahmad, Abu al-Qasim in Abi al-'Ala', al-Baihaqi, anaknya 'Abd al-Rahman ibn Isma'il dan ramai lagi dan yang terakhir Muhammad Fadl al-Farawi. (al-Zahabi, Siyar, jld 18, ms.41)


Beliau pedang sunnah, penghancur bid'ah. Ketokohan beliau dalam tafsir ditulis oleh al-Suyuti dan al-Dawudi dalam Tabaqat al-Mufassirin.


Al-Imam al-Baihaqi berkata, "Beliau adalah syaikhul Islam sejati, dan imam kaum muslimin sebenar-benarnya." 


Abu 'Abdillah al-Maliki berkata,"Abu 'Uthman disaksikan oleh tokoh-tokoh ulama' sebagai sempurna dalam hafazan dan tafsir."


Al-Hafiz 'Abd al-Ghafir berkata, "Seorang ulama' yang unggul di zamannya, shaykhul Islam, mufassir, mubaddith, waiz, tokoh besar, berdakwah mengajarkan agama selama 70 tahun, solat di masjid selama 20 tahun, seorang hafiz hadith, banyak mendengar hadith dan mengarang,..."

Abu Tahir al-Silafi berkata al -Sabuni wafat setelah pulang dari haji pada 4 Muharram tahun 449H dan jenazah beliau disolatkan oleh anaknya Abu Bakr. 


BUKU AQIDAH YANG MEMBAWA KE SYURGA


******************************************

Al-Imam Abu Uthman Al-Sabuni. Saya mengenali ulama ini melalui kitab akidah beliau bertajuk Aqidah as-Salaf wa Ashabil Hadis.


Siapakah Imam Al-Sabuni?

Imam Adz-Dzahabi menyebutkan:

الإمام العلامة ، القدوة ، المفسر ، المذكر ، المحدث ، شيخ الإسلام أبو عثمان ، إسماعيل بن عبد الرحمن بن أحمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن عابد بن عامر ، النيسابوري ، الصابوني .

Al-Imam Al-'Allamah Al-Qudwah Al-Mufassir Al-Muhaddis Shaikh al-Islam Abu Uthman Ismail bin 'Abdul Rahman bin Ahmad bin Ismail bin Ibrahim bin 'Abid bin 'Amir an-Nisabuuri al-Sobuni.

Imam Al-Baihaqi berkata tentang beliau:

قال أبو بكر البيهقي : حدثنا إمام المسلمين حقا ، وشيخ الإسلام صدقا ، أبو عثمان الصابوني .

Telah menyampaikan hadis kepada kami imam kaum Muslimin yang benar, Shaikh al-Islam yang jujur, Abu Uthman al-Sobuni...

Abu 'Abdullah al-Maliki berkata:

أبو عثمان ممن شهدت له أعيان الرجال بالكمال في الحفظ والتفسير .

Abu Uthman merupakan orang yang aku bersaksi bahawa dia adalah sebaik-baik manusia dengan kesempurnaan pada hafazan dan tafsirnya.

'Abdul Ghafir berkata:

الأستاذ أبو عثمان إسماعيل الصابوني شيخ الإسلام ، المفسر المحدث ، الواعظ ، أوحد وقته في طريقه ، وعظ المسلمين سبعين سنة ، وخطب وصلى في الجامع نحوا من عشرين سنة ، وكان حافظا ، كثير السماع والتصانيف ، حريصا على العلم ،

Al-Ustaz Abu Uthman Ismail Al-Sobuni adalah Shaikh al-Islam, Al-Mufassir Al-Muhaddis, Al-Wa'izh, yang paling hebat di waktunya. Beliau memberi nasihat kepada umat Islam selama tujuh puluh tahun. Beliau berkhutbah dan solat di masjid jami' selama sekitar dua puluh tahun. Beliau seorang hafiz, sangat banyak mendengar hadis dan menulis, sangat bersungguh-sunnguh dalam ilmu.

Rujuk Siyar A'lam an-Nubala'.

Jadi setakat seorang insan bernama Zamihan yang panggil Imam Abu Uthman al-Sobuni sebagai mujassim, tiada nilai langsung hendak dibandingkan Zamihan dengan al-Imam.

Wallahua'lam.





‘Abdur-Rahman Ibn Ahmad
Scholar:50027 - ‘Abdur-Rahman Ibn Ahmad5th Century AH
Full Name:Shaykhul-Islam Abu ‘Uthman Isma‘il Ibn ‘Abdur-Rahman Ibn Ahmad As-Sabuni
Death Date/Place:449 AH ()[ Natural ]
Area of Interest:Tafsir/Quran, Hadith, Fiqh
Tags :Shaykhul-IslamAs-Sabuni

No comments:

Post a Comment