Saturday, May 18, 2024

ABU SALAMAH BIN ‘ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF

 Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman bin ‘Auf

Al-Zahabi berkata: Beliau Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman bin ‘Auf bin ‘Abd ‘Awf bin ‘Abd al-Harith bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’b al-Qurayshi al-Zuhri. Seorang hafiz hadith dan seorang tokoh ulama’ di Madinah. Dikatakan namanya ‘Abdullah, ada juga yang mengatakan Isma’il.

Tidak  banyak mengambil riwayat daripada ayahnya, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf kerana masih lagi kecil di saat kewafatan ayahnya. (Siyar A’lam al-Nubala`, jil. 4, hal. 287)

Imam Malik mengatakan namanya adalah kuniahnya. Ada juga yang mengatakan namanya ‘Abdullah.

Ma’mar menyebutkan daripada al-Zuhri katanya: “Empat orang Quraish yang saya dapati ilmu mereka itu seperti laut iaitu Sa’id bin al-Musayyab, ‘Urwah bin al-Zubair, Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman dan ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah. (al-Mizzi, Tahzib al-Kamal, jil. 33, hal. 375)

Ibn Sa’d berkata: “Abu Salamah meninggal dunia di Madinah pada tahun 94 H semasa pemerintahan Khalifah al-Walid ketika berusia 72 tahun (al-Tabaqat al-Kubra, jil. 5, hal. 157).

https://onlinehadits.wordpress.com/2019/03/10/perawi-perawi-utama-daripada-abu-hurairah/

http://muslimscholars.info/manage.php?submit=scholar&ID=10565

No comments:

Post a Comment